Gambar dari bikeradar.com
Untuk menguatkan lagi teori aku nie, aku cuba browse internet. Cari maklumat pasal RP23, nak tahu komen user lain. Setelah habis penelahan aku, tepatlah ramalan ku. RP23 nie memang manja dan senang kaput. Dalam 10 user 3-4 akan bermasalah, suspensi bocor. Bocor laks bukan pada stanchion tapi pada lever dia. Masalah tidak berenti disitu saja, kerana suspensi nie kena dibuka semula dari A - Z. Setiap bahagiannya akan dibuka untuk selesaikan masalah ni dan cuma mekanik FOX saja yang boleh buat.
Masalah lagi pada aku kerana di Malaysia tidak ada mekanik FOX, yang ada cuma pengedar FOX. Jadi RP23 aku terpaksa dihantar ke Singapore...Masa service?? 1-2 bulan tengok pada list beratur dia. Menurut kata dia 5 Negara beratur untuk 1 mekanik...Sampai sekarang aku masih menanti, dan Pyre aku tersadai bagaikan tukun beruk panjat kelapa.
Aku rasa kalo RP23 aku bocor lagi skali aku akan beralih ker Rockshox pulak, lantak laaa orang nak kata FOX itu best, FOX itu bagus, FOX itu musang! Aku dapat tahu Rockshox janji 7 day sudah boleh angkat. 1 year free servicing policy dan kalo nak hantar baiki kat KL jer pun. Xder laa jauh sangat pun...
Jadi pada sahabat-sahabat yang pakai RP23 berhati-hatilah dan sayangi RP23 anda. Jangan usik bnyk2 sngt dan jangan henjut kuat sangat...kui kui kui. Kayuh slow2 sket yeaaa...
untuk maklumat lanjut...boleh intai dalam www.mtbr.com.
1 comment:
salam bro, juz nk share info that, Lim mechanic at bikepro SS2 is able to svc rp23. Had mine svc with them last month the charge is around rm280
Post a Comment